Niat Puasa Sunat Arafah 9 Zulhijjah

on Wednesday, October 24, 2012

 

Tahun ini, tarikh 9 Zulhijjah 1433 hijrah jatuh pada hari Khamis bersamaan dengan 25 Oktober 2012. Pada hari tersebut umat Islam disunatkan untuk berpuasa berdasarkan hadis-hadis Nabi seperti berikut.
Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? maka jawab Rasulullah S.A.W yang ertinya : “Di kaffarah (diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang.”

(Hadis adalah hadis sahih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi)
Bagaimana pula dengan niat puasa sunat Arafah? Berikut adalah cara berniat puasa sunat hari Arafah 9 Zulhijjah.
"Sahaja aku berpuasa sunat Arafah esok hari kerana Allah Taala"
Antara kelebihan dan fadhilat puasa sunat Arafah pula ialah:
Sabda Rasullullah S.A.W lagi: “Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya iaitu :-
1. Orang-orang yang mati syahid
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam Bulan Ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Malaysian Bite All Rights Reserved