Makan Tengah Hari Yang Berharga Lebih 52 Ribu Dollar
Roman Abrahamovich salah seorang terkaya di russia dan juga pemilik kapal persendirian 'Eclipse', telah menghabiskan wang sebanyak lebih 52 Ribu dollar untuk hanya sekali makan tengah hari di New York.
Roman makan tengah hari bersama 6 orang kawannya di Restoran terkenal di New York,"Restoran Nello's". Makan tengah hari tersebut menjadi mahal kerana Roman memesan sebanyak 5 botol wine dan 2 champagne yang mahal, 3 botol wine La Tache, 2 botol Chateau Petrus dan 2 botol Magnums of Cristal yang berharga $5000 tiap satunya.
Ditambah dengan 3 pinggan truffle taglioni dengan harga $195 setiap satunya dan juga 2 pinggan truffle carpaccio dengan harga $100 setiap satunya beserta dengan makanan yang lainnya seperti filet mignon ditambah buah anggur yang mahal.
Jumlah bil makan tengah hari tersebut adalah sebanyak $47221,09.dan lebih gilanya lagi, tip di restoran tersebut sebanyak 20% atau $7328.20, tapi kerana Roman cukup bermurah hati, tip tersebut ditambah sebanyak $5000 lagi, menjadikan keseluruhan bil untuk makan tengah hari di restoran New York tersebut adalah $52,221.09.





{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment