Izwan Pilus Meninggal Dunia, Al-Fatihah

on Friday, January 20, 2012

Terkejut kami mendengar berita ini. Izwan Pilus sudah pun meninggal dunia kira-kira jam 6.15 petang tadi. Berita ini telah disampaikan oleh adiknya Aril AF menerusi Twitter sebentar tadi.

izwan pilus meninggal dunia

Izwan Pilus dilahirkan pada 24 November 1979. Punca pemergian masih tidak dapat dikenalpasti. Semoga roh Izwan Pilus ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Marilah kita sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah kepadanya. Al-Fatihah.

Update 1: Di bawah ialah tweet terakhir daripada Allahyarham.

izwan pilus meninggal dunia

Update 2: Daripada beberapa sumber, punca kematian Allahyarham ialah jangkitan kuman pada paru-paru atau jangkitan kuman pada darah (salah satu daripadanya). Nanti akan diupdate lagi untuk kesahihan sepenuhnya.

Update 3: Allahyarham meninggal dunia di Hospital Ampang.

Update 4: Jenazah Allahyarham dijangka di bawa pulang ke kampungnya di Jalan Taman Nyalas 2, Taman Nyalas Permai, Jasin, Melaka untuk dikebumikan.

Update 5: Pada awal Disember lalu, Allahyarham dan adiknya (Aril AF) pernah dimasukkan ke hospital kerana demam panas berpanjangan

Update 6: Gambar di bawah dikatakan gambar terakhir Allahyarham. Sejuk mata memandang.

izwan pilus meninggal dunia

Apa-apa pun, sedekahkan Al-Fatihah dan doakan agar rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman. Amin~~

Tag :

RITA RUDAINI TERIMA SURAT 'TIDAK MASUK AKAL' DARIPADA SUAMI

on Thursday, January 19, 2012

Rita Rudaini Terima Surat 'Tidak Masuk Akal' Daripada Aidil Zafuan

Pelakon Rita Rudaini Mokhtar terkejut apabila menerima sepucuk surat daripada suaminya, Aidil Zafuan Abd. Radzak kerana membuat tuntutan yang disifatkan sebagai “tidak masuk akal”.



Rita berkata, dia menerima surat yang dikirimkan oleh peguam Aidil itu daripada pengawal keselamatan di kediamannya di Damansara di sini pagi Khamis (pagi ini) ketika hendak keluar rumah untuk menjalani penggambaran sebuah telefilem terbitan Grand Brilliance Sdn. Bhd.
“Saya terkejut membaca isi kandungan surat tersebut selepas diberikan oleh pengawal keselamatan rumah saya. Aidil membuat tuntutan yang tidak masuk akal langsung,” katanya.

Mengenai isi kandungan surat berkenaan, Rita memberitahu dia tidak boleh memaklumkan kepada umum kerana diminta oleh peguamnya yang mahu meneliti surat itu terlebih dahulu.

Kata Rita, peguamnya sedang memikirkan bentuk tindakan yang hendak diambil sebelum satu kenyataan boleh dibuat Rita kepada pihak media.

Ditanya adakah Aidil pulang selepas meninggalkan rumah lebih seminggu lalu, Rita berkata suaminya itu tidak berbuat demikian.



Jelas Rita sekiranya Aidil merindui dua anak mereka iaitu Airit Rayyan Rizqin,3, dan Airit Rafqa Arjuna yang berusia sembilan bulan, suaminya itu boleh pulang ke rumah.
“Dia masih suami saya. Kami tidak bercerai pun. Kalau dia rindu anak, baliklah rumah. Buat apa nak tidur rumah orang. Kita kan ada rumah sendiri,” kata Rita.

Jelasnya, Aidil sepatutnya tidak perlu menghantar surat itu sedangkan dalam tempoh lapan bulan lalu, mereka berjaya menjerihkan kekeruhan dalam rumah tangga tanpa ada sebarang masalah.

Malah Aidil juga boleh berbincang untuk mencari penyelesaian dalam setiap perkara kerana mereka masih lagi suami isteri yang sah.
“Kalau ada yang tak kena, apa salahnya kita berbincang. Ini pula hantar surat yang tidak masuk akal langsung. Dalam hal ini saya akan mempertahankan hak saya kerana saya percaya, saya berada pada pihak yang benar,” katanya.

Pada 10 Januari lalu, Rita bersama dua anaknya yang baru pulang dari Kangar, Perlis agak terkejut apabila mendapati Aidil meninggalkan rumah selepas menghantar mesej menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) tanpa memberitahu alasannya.

Bagaimanapun beberapa hari selepas itu seorang pembantu rumah Rita memberitahu kembar bintang bola sepak tersebut iaitu Zaquan Adha bersama isterinya, pelakon Ayu Raudhah membantu untuk “membawa lari” Aidil dari rumah berkenaan.
Tag :

GAMBAR PERNIKAHAN ALLY ISKANDAR DAN FARAH LEE

Majlis Pernikahan Ally Iskandar dan Farah Lee

Hanya 2 kali lafaz, personaliti tv3 terkenal, Ally Iskandar Mohd Mardzi, 36 telah bergelar suami kepada Nurfarahin Binti Romli, 22 dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Terengganu, tepat jam 10:03 minit pagi.





Ally Iskandar segak bergaya mengenakan baju melayu putih telah dinikahkan berwakil wali bapanya, Romli Bin Ismail oleh jurunikah kawasan Kampung Atas Tol, Tuan Haji Mohd Abu Bakar dengan mas kahwin berjumlah RM250.

Pihak lelaki, Ally Iskandar menerima 9 dulang hantaran daripada pihak perempuan iaitu set pakaian lelaki, sedulang manisan, kelengkapan baju melayu, sejadah dan jubah, gubahan bunga rampai, replika rumah, sebuah iPhone dan sebentuk cincin.



Manakala, Nurfarahin atau lebih dikenali sebagai Farah lee menerima 7 dulang hantaran berupa gubahan sirih junjung, telekung dan sejadah, sebentuk cincin dan mas kahwin, sebuah rumah, sebuah Mac Book Pro, sehelai baju kurung dan senaskhah Al-Quran.

Dianggar lebih 100 jemputan daripada pihak lelaki dan perempuan hadir bagi memeriahkan majlis pernikahan kedua-dua pasangan pengantin ini.





















Tag :

(GAMBAR) APABILA JURUKAMERA LELAKI TERNAMPAK MODEL CANTIK DI CHINA

on Monday, January 16, 2012


Apabila Jurukamera Lelaki Ternampak Model Cantik Di China. Jurukamera ini langsung tak malu dan sanggup mengambil gambar setiap bahagian model ini. Adakah patut ambil gambar dari bawah untuk suratkhabar atau majalah? Apa boleh model ini buat kerana dah memang kerja dia tetapi sepatutnya diberi sedikit sempadan untuk model dan jurukamera ini. Kadang-kadang kita tak tahu apa yang akan terjadi, mungkin model ini diserang atau dipukul atau lebih teruk lagi. C'mon this is the country where no one cares what happen to you fellow citizen.

Tag :

(GAMBAR) KERETA HYBRID TERBARU KELUARAN LEXUS

Kereta Hybrid Lexus



Mesti korang tak percaya yang kereta Lexus Lf-LC ni kereta Hybrid kan? Yela.. Biasanya kereta sport ni semua makan minyak punye. Tetapi Lexus telah menayangkan kereta hebat ni di Detroit Auto Show. Spesifikasi tentang enjin kereta ni masih belum dikeluarkan oleh syarikat Lexus. Tapi anatara fetures yang super cool yang ada pada kereta ni ialah regenerative braking sysytem iaitu sisitem brek yang tidak akan haus sampai bila-bila. Bateri kereta ini di composed dari nickel-metal yang akan membuatkna baterinya tahan sampai kereta ni jadi buruk. Hebat kan? Yang pasti, ini ialah kereta Hybrid!!



Tag :
 
© Malaysian Bite - News, Story, Gossip etc | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO